Nitrus :: Resah


Lirik lagu Resah-Nitrus

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

.:Meriahnya Majlis Perkahwinan Kawan Sekolahku, Sasrul Azmira:.

Assalamualaikum..

Hmm.. Dah lama rasanya tak menyinggah BLOG nih.. Baru-baru nih aku ade gi ke majlis perkahwinan teman waktu sekolah menengah.. Sasrul Azmira, salah seorang temanku yang paling gila-gila masa sekolah dulu.. Kalau nak ingat balik imej dia masa sekolah dlu, dia kalau gi sekolah lengan baju sekolah tu suka betul disengseng sampai ke siku..

Dengan B'Are ni kitorang fun la.. Masa tu kelas kitorang (4 & 5 Teknika) cuma ada 6 orang perempuan jer masa tu.. Yang lain suma budak2 lelaki.. Pelajar perempuan yang satu kelas ngan kitorang masa tu klau tak silap aku la.. AKu (of kos la), B'Are, Mumtaz, Mastura, Mazlinda dan Hazah.. Kalau ada yang tertinggal, sowi.. Benda ni dah lama.. tak ingat (^^)..





Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali.. Ramai member2 sekolah datang, cikgu sekolah aku masa menengah rendah (puan Aisyah) pun datang gak.. Tu pun pas member (Faizah) bagitau..

Masa akad nikah, B'Are dan suami mengenakan baju kaler yang sedondon.. Kuning air klau tak silap aku. Dia ngan suami takde la gabra macam kebanyakan bakal pengantin masa berlangsungnya upacara akad nikah tu.. Aku tengok selamber gila (mmg perangai B'Are camtu - sejak dari sekolah), tak berubah2.. Adesss..





Ni pelamin di mana pasangan pengantin disandingkan.. Cantik jugak la.. Kat pelamin ni tempat posing maut B'Are ngan suami dia masa hari tu.. Ahli keluarga, makcik pakcik dan lain2 lagi suh dia posing kat situ.. Nak taknak dia ikut jer.. Hahahhaa.. Tapi aku tak letak gambar tu sebab kabur la.. Kamera hp apa la sangat kan?.. UUuuu~~



Ni plak gambar masa B'Are dan suami disandingkan.. Dua2 mengenakan baju kaler ungu (lebih kepada kaler pink).. Cantik dan sweet.. Masa ni aku dan kawan2 yang lain sempat la merenjis2 kat dua2 mempelai nih. kitorang bukan jer tabur bunga rampai kat pengantin, tapi dgn pengapit perempuan pun kitorang tabur sekali.. Mun.. maafkan aku.. Diorang wat, aku pun nak wat sama~~~!! Hahahaha.. Mun masa tu diam jer la.. Tapi aku tau dia sporting habis masa tu.. Last minit kot jadi pengapit B'Are.. Tapi apa2pun, ko mmg vogue la Mun~





Ini adalah di antara member2 yang satu kelas dan satu sekolah ngan aku yang datang kat majlis kawen B'Are gak.. Dari kiri belakang (bju ungu) tu Mumtaz, belakang (tudung merah) tu Faizah, kiri depan lak Mazlinda, tengah Emma dan kanan tu Mastura. Suma dah lain.. Dah matured2.. Dulu cam budak2 jer.. Hahahahaa.. Mana taknya... sekarang suma dah pandai melaram.. Huhuhuuu..





Ni gambar Mumtaz dan Emma.. Saje nak ambik poss diorang nih.. Sebelum ni gambar diorang berdua aku dah letak kat POST masa B'Are bertunang.. Kali ni masa B'Are kawen pn aku ade letak gak gambar diorang.. InsyaALLAH Emma bakal melangsungkan perkahwinan dia bulan MAC 2010.. Huhuhuuu.. Lagi sorang memberku kawen.. AKu? heehee.. Cam biasa, aku tunggu Mun kawen dulu.. Hahahaaa..

P/S:
So, B'Are.. Aku nak wish kat ko SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga hubungan kalian kekal dunia dan akhirat.. Aminnn~ Kepada teman2ku yang bakal melangsungkan perkahwinan, aku nak mintak maaf awal2 kalau aku tak dapat gi majlis korang.. Biasa la.. komitmen pada study kan... Aku harap korang faham.. InsyaALLAH, klau ade masa aku akan cuba gi jugak.. (^^)

Dua mempelai cantik berseri,
Cincin disarung tanda pengikat,
Semoga jodoh kekal abadi,
Dari dunia hingga akhirat.

Aminnn~~

Hmm.. Exam Hujung Bulan 11 ni.. Mampukah aku?

Assalamualaikum...

Dah lama tak post dalam blog.. sekarang ni aku banyak habiskan masa kt FB.. erm.. first time guna FB rasa pelik dan tertanya2 sebab benda tu suma nampak baru then slow selongkar FB, Alhamdulillah makin jatuh hati kt FB..

Lupakan hal FB, hal exam ni camne nih? Apa lah agaknya soalan UPPK buat kali nih? hopefully tak banyak lari dgn soalan2 tahun lepas.. Insya-ALLAH.. Tentang preparation plak nak kata 100% tu nampak cam aku menipu pulak.. Boleh tahan la cuma rasa stress sangat2 sebab kna catch up banyak benda especially bila dapat lecturer yg ngajar subjek ni last minute...

Semester ni mmg kena banyak bersabar daripada semester2 lepas.. Kadang2 ada gak rasa tak yakin nak jawab exam untuk sem ni tapi apa2pun kena kuatkan semangat sebab family dah hantar study jauh2 takkan nak buat lebih kurang jer kan.. Kalau mampu, nak jugak dapat title cemerlang tu.. InsyaALLAH... Ameen~~ Bila nak exam ni, terus ingat abah.. sebab banyak pengorbanan terutamanya pengorbanan dari segi kewangan sepanjang aku belajar nih.. Kalau boleh aku taknak hampakan abah.. Hmm.. tetiba rasa syahdu plak.. :)

Walaupun sem 5 ni adalah di antara sem yang paling tough, aku mmg takleh nak putus asa dan hampakan parents aku.. Semoga ALLAH kuatkan hati dan cekalkan jiwa aku ni untuk menempuhi minggu peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi sebab aku memang tak boleh sangat2 tengok riak wajah kecewa parent aku.. Memang tak boleh..

Ya ALLAH, kuatkan hatiku ya ALLAH untuk menempuhi segala dugaan-MU sepanjang tempoh peperiksaan pada semester ini..

Ameen~~

InsyaALLAH..

---------------------------------------------------------------------------------
Now playing: Hafiz Hamidun - Kasih Belum Termiliki
via FoxyTunes

AKAIME Dapat Naib Juara Dalam Batik...??!!!


Assalamualaikum...

Banyak benda yang berlaku minggu ni.. Tapi alhamdulillah walaupun banyak gak benda yang tak best melanda life aku minggu nih, tapi still ader benda hepi yg berlaku kt family member aku... huhuhuu.. baru2 nih adik aku (akaime - hanya nama samaran semata2) diberi peluang untuk bertanding dgn ramai lagi wakil sekolah kt negeri Perak dalam pertandingan seni. Pertandingan tu kira besar gak la dan hanya seorang wakil lelaki dan wakil perempuan sahaja yang dipilih untuk mewakilkan sekolah masing2.


Akaime ni plak mmg dia nak sangat2 gi teluk batik (tempat bertanding).. So, bila dapat mmg dia hepi giler2. Tp bila dia dah dapat asgnment aper yg dia perlu wat masa hari pertandingan tu, dia jadi cuak. Hahahahaaa.. mana taknya, dia kna wat batik dan arca. Sebelum ni mana dia ader basic wat batik. Then, dia msj aku tanyer camne nak wat batik sebab masa STPM dulu asgnment untuk art visual aku kna wat batik..


Benda pertama yg aku bagitau kat dia, rajin2 praktis mencanting batik... dia kata tak cukup masa sebab baru tau dan esok lak kna pergi... tapi dia cuba gak la.. Then aku tanyer dia, apa subjek metal dan fungsi batik tu? Dia kata subjek metal hidupan laut dan fungsinya plak sebagai hiasan dinding. So, bila dah tau senang skit la aku aku nak bayangkan camne motif batiknya..


Aku suh dia wat simple je dan jangan banyak sangat objek yg dia letak dalam tu. Nanti berserabut.. Dalam btik ni, yg penting penggunaan warna. Perlu tau jugak bezakan warna latar dan warna objek. kalau sama jer, suma org taktau motif aper yg dia cuba tonjolkan..


Pastu terangkan kat dia, dia faham skit. Pastu aku janji ngan dia nak tolong dia. Petang tu jugak aku cari subjek metal dalam internet dan mulalah operasi melakat motif.. huhuhuhuu.. dah lama rasanya tak melibatkan diri ngan kerja2 seni ni... So, memang buntu sekejap laa.. tapi bila dah siap lakar, alhamdulillah aku rasa puas laa... Akhirnya, siaplah lukisan batik aku (seperti gambar di atas.. huhuhuhuu..).. ok tak? simple jer... aku bagitau kat dia, kalau tak dapat ikut sepenuhnya, ambil yg dia rasa penting dan senang untuk dia canting atas kain nanti. Tapi yg penting kata aku, batu karang tu kna ada. Tu yg dapat beza laut dengan sungai. heehee.. Pertandingan tu mengambil masa 4 hari. Masa hari bertanding tu, aku hantar mesej untuk bg semangat kat dia. Berderet2 gak la kata2 semangat dan tips2 terakhir yang aku taip untuk dia... heehee...


Selepas 4 hari, dia hantar mesej kat aku.. Dia menang dapat naib juara dalam batik. Juara plak wakil lelaki yg satu sekolah ngan dia. Tak sangka lak aku pemenang daripada sekolah yang sama. Mesti bangga giler cikgu Akma (my ex-art-teacher). Akaime kata cikgu2 daripada sekolah lain puji batik dia sebab cara dia canting batik macam pro.. hahahahaaa... tak sia2 dia praktis mencanting walaupun tempoh masa nak praktis tu terhad. tapi apa2pun aku bangga ngan dia.. Dia kata nak kongsi hadiah ngan aku.. bukan calang2 hadiah yg dia dapat. Peralatan seni Buncho dan Alpha tu bukan murah especially Alpha. Banyak tul dia dpat. Pendek kata, hadiah tu adalah benda yang dah lama aku idam2kan masa jadi art student.. Uwaaa~~!! Aku nak dia lak yg dapat.. huhuhuuu...


Bila fikir balik, aku rasa rindu ngan dunia art aku. Dlu boleh dikatakan setiap masa melukis jer kje aku dan takde perasaan bosan walaupun 24 jam asyik menatap kertas lukisan tu.. tapi sekarang bila aku sambung belajar dalam bidang yg berlainan dgn bidang seni halus, aku dah jarang melukis. Kalau nak melukis pun tunggu ader ilham or keinginan untuk bg gift kat member... tapi bila nak start balik melukis, tangan ni rasa kekok sangat2.. sebab saper2 yg terlibat dengan bidang seni lukis ni kena melatih tangan dia hari2 untuk melukis.. kalau x, mmg keras cam kayu la jawabnya..


Walaupun aku dah tak terlibat secara langsung ngan seni, insyaALLAH aku takkan jauhkan art dari hidup aku sebab hnya art je yg leh wat aku kurangkan stress aku dan jadi jalan untuk aku luahkan segala ilham yg mencurah2 dalam kepala aku nih... Selain melukis actually, banyak lagi jalan untuk ekspresi benda2 seni ni... Aku pelajar IT so, aku jadikan kmahiran aku ni sebagai alat untuk aku terus menceburkan diri dalam bidang seni. Contoh paling terdekat ialah peljari banyak program yg berkaitan dengan grafik komputer.. Sekarang ni pun aku belajar untk mereka wallpaper untuk hiasan laptop dan blog aku. Tu juga melatih aku ntuk sentiasa berkreatif. Hahahaaa~~~!! Nak seribu daya, taknak seribu dalih...


Aku harap korang pun takkan melepaskan sesuatu yg dah sebati ngan diri korang asalkan ia tak membawa kemudaratan kat diri korang sendiri...


InsyaALLAH... Aminnn...

Wahai Orang2 Muslim... Makna Tidak Baik Disebalik "A'kum"



Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

----------------
Now playing: ST 12 - Cari Pacar Lagi
via FoxyTunes